F A Z L I N E D O R A


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM BARU LAMA +FOLLOW

proud to be Islam
Assalamualaikum . Hari ini , 27 Ramadhan . 16 / 08 / 2012 . Tertulis semuanya berakhir di sini :) InsyaAllah aku cuba untuk terima dan akan usaha kan bersama sama orang yang sentiasa memberi dorongan espc mak ayah , family , cikgu cikgu , elissah lily , arie . Okay memang susah nak terima kenyataan tapi sekarang aku kuat InsyaAllah dan tak kan terjadi lagi InsyaAllah dengan berkat doa seorang ibu dan jika aku bersungguh sungguh untuk menjadi wanita yang solehah . Perkara yang paling menggembirakan hati seorang ibu dan bapa itu adalah kegembiraan seorang anak nya . Ya , aku bukan sebaik Khadijah , aku tidak secantik Aisyah , aku tidak setaqwa Aminah tetapi aku seorang gadis yang mempunyai cita cita yang tinggi untuk menjadi solehah :') Semua manusia pernah melakukan kesalahan tidak kira budak tahfiz sekali pun pasti ada kesalahan yang dibuat kan ? Dan atas setiap kesalahan yang di buat itu kita perlu ubah sikap diri kita ke arah yang lebih memikirkan masa hadapan yang memberi manfaat kepada kita semua . Jangan sia sia kan nikmat yang Allah berikan ini kerana kelak kita akan menyesal dengan semua ni . Bagi aku , MENYESAL bukan perkataan yang aku perlu ucap sekarang kerana menyesal sebenarnya tiada makna kepada kita semua . Asalkan kita bersungguh sungguh melupakan semua itu . Janji tinggal Janji . Tak semua janji kita boleh tunaikan dan harapkan tau ? Janji hanya seiring dengan bibir . Yang menentukan janji itu di tunaikan adalah dengan ketentuan dan keizinan Allah . MALU ? tidak perlu rasa malu kerana kita semua berakhir di kubur dengan kain kapan yang sama warna ? Tak ada yang warna turqoise , pink , peach kan ? Semua PUTIH . dan jika kita perbaiki kelemahan diri kita ini sesungguhnya dengan keizinan Allah hati kita boleh menjadi seputih kain kapan kita nanti . Aku yakin dengan keputusan aku , terima kasih kawan kawan kerana sentiasa mengambil berat tentang aku dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk aku . Terlalu banyak kawan yang ingin diterima kasih kerana aku tak sangka rupa rupa nya ramai insan yang ambil berat tentang seseorang itu . Ternyata lah kita satu agama yang sentiasa menolong di waktu kesusahan . Terima kasih arie elissah lily korok fitri unaa pika shuwong . Maafkan kesilapan aku dan aku maafkan kesilapan kecil kome tu . Kita kosong kosong sekarang tau ;) Kita semua kawan tiada apa yang dapat hentikan persahabatan kita ini . Doakan aku boleh kali ni .

0 comment[s] | back to top