F A Z L I N E D O R A


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM BARU LAMA +FOLLOW

ARIE UNA :')
Alhamdulillah, selamat sampai di Malaysia :') sampai sampai je terus check result pakai sms. Alhamdulillah :') aku bersyukur apa yang aku dapat. Turun je flight call una, hahaha orang pertama yang aku call jejak kaki kat Malaysia semalam :) sebenarnya tak tahu kenapa. Aku rindu sangat kat kau una. Una alhamdulillah 2A. Berkat record suara time SPM hahaha. Malam tu sempat usha twitter, nampak arie tweet dengan anum. Sumpah rasa nak menangis bila arie tweet Kalau Alin tak p indon. Esok mesti aku berkepit je dgn dia :/. tapi aku takpasti lah dia tuju ikhlas ke tak untuk aku ke hape, sebab kat atas tu tulis Asal kau balik lambat rabun :/ Sape lagi kawan dia yang rabun. Aku lettuuuwwwww :'D Sumpah, menangis aku baca tu. Rindu sangat dengan arie and una. Sahabat terbaik pernah aku jumpa, sabar dengar perangai buruk aku. Itu lah orang kata kawan time susah dan senang. Arie and una, aku mintak maaf aku banyak sakitkan hati kome, aku menyesal tak spend time dengan kome betul betul tahun lepas. 


Sekarang aku tahu, SHARIFAH HASNIDA dan NUR HAIDA HUSNA, kawan aku sampai mati :)

0 comment[s] | back to top

I love youuuu
Dushhhh. Kita tumbuk habuk dalam blog ni ;) dah bersawang dah. Bosan kan? Takda benda nak update lah, kalau dulu tiap tiap minggu pasti ada je cerita. Yelahh, masa sekolah mesti ada kenangan kenangan terindah kan? Apa aku merepek ni. Now, cehh now. Aku demam :( demam pun boleh ngadap komputer kan. Hari ni terpaksa cuti kerja, melayang rm35 ringgit hari ni. Apa nak jadi ni, sebenarnya dari semalam dah demam. Dah lama tak demam teruk macam ni. Sayang aku selalu kata, makan ubat makan ubat. Mana datang ubat? Kena beli tauuu. Duitnya? Pakai daun ke punnn. Sayang, aku nak sangat kau kat sini :'( kau selalu kata aku tak nampak yang kau sayang aku. Memang tak nampak pun, orang lain lagi nampak aku sayang kau sangat. Kau selalu kata aku ego kan? Belagak, bodoh, sombong! Taknak mengaku yang aku ni sayang kau sangat. Yes, I admit yang aku sayang kau gila. Tapi kau kena tahu satu dunia ni menentang cinta kita, akhirnya nanti kita terpisah jua :) kalau ada jodoh, Alhamdulillah lah :) aku rasa sihat sikit bila otp dengan kau tadi. Lepas sangat sangat rindu aku kat kau tadi. Btw, aku seronok sangat keluar dengan kau hari tu, kau beli aku macam macam kan :') terharu gilaaaaa. Aku harap kau sihat kat sana tau, jangan nak menggedik sangat kat sana. Pleaseeeeeee jujur dalam semua hal. Aku selalu ingat yang kau kata kat aku, ingat JARAK :p aku selalu kata couple yang lain lagi sweet dari kita. Then kau akan kata,

kita lagi sweet cuma kau tu yang maluuuuuuuuuuuuuuuu.

Aku bukan malu, aku cuma takut orang menyampah pulak kan? Memang punnnn. Aku selalu kata kau ni anjing kan? Aku mintak maaf and aku yakin kau faham perangai aku bila tengah marah, selalu buat keputusan sendiri. Selalu buat keputusan sesuka hati aku kan? Aku tahu aku susah nak hargai kau, bila dah ada depan mata, menyampah lah, geli lah, jijik lah. Tapi bila dah jauh, baru lah aku rindu gila kat kau. Aku sendiri tak tahu dengan perasaan bongokkkk aku ni. Aku mintak maaf dan aku akan cuba yang terbaik kay sayang. Seriously, i love you and you're mine ;)

0 comment[s] | back to top

Hari ni balik Perak ;) rindu gila kat mak okayy rindu :') btw, Selamat Hari Lahir hari tu kay mak? Hari ni salam peluk cium mak lelama. Rinduuuuuuuuuuuuu mak besar dunia ni :3

0 comment[s] | back to top

First day of month of July
Betul ke title aku tu. Macam salah speaking je. Lantak situ. Permainan kau hebat sangat! Kau tipu aku hidup hidup kan? Penipuan kau terbongkar jugak weh! Sampai bila, nampak hari ni aku dah tau semua pasal dia dan kau. Still contact kan? Kau pandai contact, kau pakai call je! Mana main text kan? Hahaha aku ingat kau dah berubah, tapi kau sama je. Ingat tak aku pernah cakap kau macam anjing. Betul lah apa aku kata, kau memang anjing pun ;) adik beradik anjing lah kau ni. Menipu pun ada limit weh, macam ni sayang kalau menipu? Lebih baik takpayah. Aku seronok sangat sekarang, tak ada apa menghubungkan kita kan? Facebook? Aku dah block pun kau. Twitter? Satg aku block lah kau jangan risau kay sayang <3 So, bila dah tak ada apa yang menghubungkan lagi awesome. Terima kasih. Aku nak kata dua patah perkataan dalam English lah, THE END :')

0 comment[s] | back to top

Disney Baby Land
11 Januari, hari pertama berkerja. Enjoy sangat, tak pernah rasa sehebat tu bila kerja situ. Macam biasa isnin sampai jumaat, orang kurang sangat datang membeli, tapi kalau sabtu ahad, berkepuk kepuk orang datang kay ;) ada ibu, kak su, kak nani, ika and ada budak baru masuk hari rabu, Ruby ;) comel je. Ibu sempoi gila, okay aku admit first masuk tu, aku malu sangat, deme pun kata macam tu, hahahaha siapa tak malu oi, tapi start malam first tu dah pandai gelak macam setan hahaha bak kata ibu dah naik tocang nya haha ibu sempoi gila, kak su nampak je garang tapi dah lah cantik baik pulak tu, kak nani sporting gila. Ika kawan terbaru saya ;) baik sangat, bak kata ibu dia lurus. Hahahahaha tapi dia baik sangat selalu tolong orang. Ruby, tak tahu lah baru kenal sehari, sebab semalam aku cuti. So hari ni jap g jumpa lah, adakah dia masih malu malu? Hahahahaha rasanya tak kot. Seriously, aku seronok kerja situ. Enjoy sangat :)

0 comment[s] | back to top

iloveyouuu
THANKS FOR 3 DAYS <3

0 comment[s] | back to top

THANKS AGAIN
Assalamualaikum. Straight je lah, aku malas nak gaduh gaduh ni, dengan lelaki pulak. Macam takda perempuan dah nak gaduh sampai buat lelaki pihak lawan -,- seriously, first aku kenal kau. Aku rasa kau sweet sangat, baik, penyayang banyak lagi lah. Lepas tu kita couple kan? 23/1 aku ingat lagi, kau ada ingat? Orang semua kata, alin takpayah lah couple n ijat, dia tu pakai kau sebab nak jealouskan lynn je :') first aku menanges pasal kau. Takde sapa tahu, arie pun taktahu. Then kau cerita macam macam pasal hani, lynn. Aku okay, aku kuatkan semangat tak jealous :) sebab aku bukan jenis yang cemburu babi :) Lepas tu, kau mintak numb telefon ely bdak at2 tu. Aku pun :DD no komen. Agaknya kalau bf mintak macam tu kat gf, apa respon gf tu? Orang semua cakap kau kaki game, aku bodohkan je. Sebab aku dah sayang sangat kat kau <3 kau buat aku jadik menyampah dengan lynn sebab kau kata lynn yang 'game' kau -,- WTF! then, kau ada adopt sister pulak, fara :) okay mula mula memang rasa nak ganyang je dia. Tapi aku sembang dengan dia, dia baik sangat :) orang semua ingat aku fuck dia first tu pasal dia rapat dengan korok, padahal aku tak suka dia sebab kau abang dia. Aku tak suka berkongsi ;) tapi aku okay je sebab farah pun okay dengan aku. Lepas tu boleh pulak, kau suruh cakap kat hani yang kau still sayang dia <3 aku bodoh kan jadi anjing kau masa tu. Lama lepas tu aku mintak break, kau taknak. Then seminggu lepas tu, kau mintak break. Aku okay, maybe takda jodoh. Start dari hari tu, aku selalu usha kau :') aku rindu nak text kau. Dalam diam aku menaruh kat kau ;) Tup tup, aku baca blog ira ada pasal kau. Seroiusly, aku tak tahu nak menanges ke hape. Aku diam je, balik hostel arie tak cerita apa apa kat aku, takda sape cerita kat aku pasal kau dengan ira. Okayy, diam je. Maybe diarong paham buat apa nak cerita kat alin, bukan nya ada apa apa dengan ijat dah. Alih allih, korok yang cerita kat aku dia terbaca text kau dengan ira kat hp bella. Dia cerita semua :) Rasa nak bom kan ira masa tu tapi aku okay lagi sebab dah jodoh korang ;) aku selalu support ira cakap kau ni baik lah apalah. Kekadang memangkah kau pun ada :D tiba tiba dapat pulak cerita cakap kau pernah text atin masa kita couple :p aku bermusuh kejap dengan atin tau tak. Lelama aku okay. Then cerita kau ajak lily couple, ayooo aku dengar pun betul ke lily ni, ke dia menipu. Rupanya betul :) kisah kau dengan macam macam perempuan aku dengar dari informasi budak form4. Aku rasa orang lain pun tak tahu ;) aku simpan rahsia kau sampai sekarang izzat rahman. Jangan risau, aku bukan jenis suka bocor rahsia orang bila dah bermusuh dengan orang tu ;) Ada satu hari tu, sampai ada orang tanya aku, alin agak agak kalau nak suruh lelaki simpan handphone kita agak agak sape yang boleh percaya, kau tahu aku jawab sape? IZZAT :) orang tu cakap lah, kitaorang taknak ada masalah dengan ira. Then kau tahu aku kata apa, sokay lah, izzat okay, ira pun okay ;) dia boleh percaya lah. Diaorang terus kata kalau zaid boleh? Aku terus kata bagi je kat izzat :) tu kau kata nak tutup malu aku sebab kena panggil 'tut' Di pendekkan cerita lah, cuti ni kau gaduh dengan ira. Aku siap tolong korang forward kan text masing masing. Alih alih kau pulak tanya aku sayang kau ke tak, aku cakap lahh sayang :) sebab takda benda yang buat aku tak sayang kau dah kan? Memang betul punnnnggggg. Tetiba kau kata, thanks alin, aku pun sayang kau. Aku tak boleh lupa kau lah blablablabla jealous dengan bob blablabla nanti sambut bday kau berdua aku pun ha layan je lah. Tetiba terjumpa atin, dia kata kau ajak dia couple ??????????????????????????????????????????????????????????????????? aku pun hah? Dalam masa yang sama kan izzat, kau kaup sampai dua ;) nak tahu start bila aku benci kau? START DARI HARI AKU JUMPA ATIN ;) start aku tahu semuanya. Tetiba pulak, ira tanya macam macam kat aku, aku pun jawablah. Orang kalau tengok menyampah, cerita je semua :) then, lama lepas tu aku tak masuk campur urusan kome. Alih alih ira suruh aku layan kau, tapi tak punn. Lepas tu kes ira dengan ayu tu, ira cerita kat aku, nanges nanges. Dan sekarang, ini lah hasilnya, BERMUSUH :) jadi sekarang ni kau kata aku couple dengan kau pasal nak tutup malu aku :)) salah, kau yang tak pandai hargai sayang aku kat kau <3 aku pun bodoh jugak percaya kau. Thanks izzat buat aku macam ni, malukan aku :)

0 comment[s] | back to top

Okayy, AKU DAH GILA DENGAN INI :*


0 comment[s] | back to top

:')
If two hearts are meant to be friends
No matter how long it takes
how far we go
how though it seems
Fate will bring us together to share FRIENDSHIP forever


0 comment[s] | back to top

Married



Alhamdulillah akhirnya FATIN IZYAN jadi seorang isteri ;)
Congrats kakak ku atinnnnnn -,-

0 comment[s] | back to top

I WISH I CAN MEET YOU AGAIN
Mengikut susunan #ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Arie
Seriously, jumpa dia first tu aku ingat dia jenis memilih kawan. Yelah, dia kawan and awin je. Al maklum lah awin cantik comel. Sokayyy, tapi masa first jumpa dia. Dia ni tudung labuh doe, ingat sekolah agama tadi, rupanya otak cool gila. Start bulan 3, 2011 kitaorang start jadi rapat. Rapat sangat dah macam belangkas. Mana ada arie, situ mesti ada alin. Kan? Iron sesama, mandi sesama. Semua buat yang sama sama. Kitaorang pun akan membenci orang yang sama ;) citarasa kami kekadang pun sama. Susah senang dengan dia. Bebila masa. Nak katakan semua rahsia aku dia pegang. Aku sayang dia gila :*

Atin
Nak masuk 3 tahun aku jadi adik angkat dia. Tahu tak kita orang kenal lama dah tapi melalui orang and berangkat. Lawak sangat bila dapat tahu 'kakak angkat' aku pendek dari aku :D tapi dengan dia aku tak banyak simpan rahsia, tapi banyak sangat mintak tolong dia rahsiakan tu rahsiakan ni. Nak pergi hang je mesti orang pertama yang aku text untuk tanya, confirm dia lah yang aku search numb dalam contacts tu. Lagi satu kita orang ni sama sama kena gantung asrama, sekali n una pasal kes 'hoktu' comel tuuu.

Awin
Gedik, hipokrit. Tu je lah yang aku tahu tetapkan personaliti dia. Tapi sebenarnya bukan. Dia baik. Aku kesian sangat bila ada 'ular' yang menuduh dia macam macam, act aku simpati dia kena tuduhan tak berasas macam tu. Sebab dia rapat dengan cikgu, 'ular' tu buat cerita. Manusia kan?

Aya
Rohaya <------------- Dont ever call her Rohaya! Dia tak suka, i dont have an idea why dia tak suka orang call dia Rohaya, maybe nama tu elegance sangat kot. Tapi, Aya apa kata kita bersyukur dengan nama kita. Tu kan pilihan parents kita, lagipun tu maksudnya kau tak di lupakan sebab tu parents kau ada masa carik nama tu kau dari pada nama kau 'unknowns' kan?

Bella
Free hair <-- Pandangan pertama aku kat dia. Mintak maaf, kekadang bila pikir balik. Aku yang rambut buruk ni pun kekadang free hair kat luar ni kan dia yang rambut cantik tu kan. Haa, dengan Bella syok oh, dia banyak tolong aku dengan 'tuutttt' kan? Even dia tak berapa rapat sangat dengan aku tapi memang seriously dia baik sangat bila dapat sembang and dia walaupun kekadang pelat dia buat aku tersengih depan dia. Dia comel sangat ohh, aku sayang dia gila :*

Ciah
Classmate and satu dorm dua tahun berturut turut. Mungkin dengan dia paling banyak kenangan :) Tapi kekadang sembang dengan dia menyakitkan hati weh, sebab dia sokong PAS tapi saya sokong BN lah kak ciah tapi sokayy kita tetap berkawan. Aku happy bila kau dah rapat and Aya balik. Seriously, sebab aku lah penolong nya kan haha aku perasan

Damia
Dengan dia mungkin tak banyak kenangan tapi aku tahu dia la orang yang selalu mengawal aktiviti solat aku masa first masuk asrama. Maybe aku lalai, sebab tu sampai aku pesan kat dia, Mia nanti tolong suruh aku semyang kay ;) and masuk tahun 2012 aku semakin lalai and semayang pun celuppp je. Kekadang malu dengan diri sendiri. Tapi aku bersyukur dapat kawan macam Mia

Ecah
Okay yang aku tahu dia baik and nyaris nyaris jadi Penolong Ketua Asrama Perempuan :( kesian dia alaaa, jawatan di dunia apalah sangat kan ecah, pedulikan semua tu tapi kau punn bawak handphoneeeee haha aku suka bila kau take care and orang yang tak sihat sekeliling kau. Nampak macam ibu mithali sangat

Iraa
Okayy, firstly aku nak jujur dengan kau. Seriously, aku tak kisah kau dengan izzat :) aku ikhlas lepaskan dia, kitaorang pun okay je tak bermusuh and dia sayang kau. Trust Me. Dia cuma stress kau asyik mintak lepaskan kau. Pendapat aku, tak salahkan bagi pendapat. Aku tak suka bila kau bad mood. Muka kau seriously aku rasa nak tombooooookkkkkkkkkkkkkk! Senyum sikit kak, senyum kan dapat pahala

Mamy
Tukang carut di Primulaaaa. Semua lagu BI serah kat dia kay, hmmm tak ada apa nak describe tentang dia. Tapi aku memang tak boleh hidup tanpa pencabut bulu ketiak dia. Aku perlukan sekarang :( Mammyyyyy nakkkkkkkkkkkkkkkkk!

Nad
Anak Kawan Mak :) haha satu satunya anak kawan mak yang terpisah dan tetiba tahu haha sweet tak kami. Aku suka tengok rambut dia, muka dia, bibir dia, mata dia lah. Semuanya complete bagi aku. sebab tu Michelle sayangggg. Aku sayang kau gila Nad :*

Opie
Aku tak suka perangai dia yang selalu hisap jari tuuuuuuuuuuuuuuu. Stop it Opie! Jangan lah jadi bebudak. And dari cara peecakapan dia pun kekadang macam cover manja pun ada or tak tahu lah kalau tu memang sifat asli kau. Kita manusia semua beza jenis kan. So, no wonder lah. Tak kisah lah opie. Tapi yang pasti opie ni pandai bagi pandangan tau, pandangan dia mesti lain dari orang haha

Sal
Dia selalu ingat kitaorang semua pinggikan dia. Act, kitaorang tak pinggirkan kau kay. Kau tu yang suka lepak dorm atas. Takpe lah, yang penting Sal ni tak kedekut kay. Selalu buat je kalau orang mintak tolong. Seriously, baik. Aku doa kan sangat sangat kau dengan Raudhafi kau tu kay :*

Shue
Menjengkelkan haha gurau gurau. Kau patut thankyou dekat aku sebab bawak kan buku PHP and TERV kau haritu. Dah lah naik bas ohh -,- sokayy, and terima kasih jugak kekadang tumpang kan aku balik. Kan? Thankyouuu sangat

Unaa
Kawan yang paling lama kenal kat dorm ni, susah senang sama sama kan. Selalu gaduh kan? Gaduh pun bukan gaduh kecik kecik tapi gaduh besar besar. Kan? Aku selalu sangka buruk and kau kan :( Tapi kau lah yang selalu jaga aku perhati aku dari jauh takpun dekat. Aku bersykur dapat kawan macam kau. Kau akan jadi di antara kawan yang aku takkan lupa. Aku sayang kau gila :*

Zura
Lastday school, kita gaduh kan? Sampai kau send text kat aku. Yang paling lawak sekali bila kau send text kat Korok suruh aku baca text kau tu kan? Takut jugak ye kau nak bermusuh dengan aku. Memang lah, aku  pun tak mua bermusuh dengan kau. Maybe aku reply lambat, tapi aku reply jugak kan ;) Kita tetap kawan kan. Haha kau ni sangat lawak tau. Sampai Una suruh kita buat Group masuk Maharajalawak Mega. Kau ye lah boleh masuk, ada semua pakej! Aku ni? Haha

Seriously, aku sayang korang semua :) and sejujurnya. Aku dah mula rindu kome semua. Aku rindu nak gelak gelak and korang and semua lah. Aku harap boleh putar semua tu balik, tapi tak :( Iloveyouuuu :*

Ikhlas,
FAZLIN EDORA ZAINUDIN

0 comment[s] | back to top

thankyouuu Metro

main kat tempat budak kecik je lah haha


this is a sakai girl haha muka memang khusus untuk di tonton kasut je


hujan di Kuala Lumpur haha


tiga tiga mak sedara ada okay, kau ada?


ini dia waterworld Icityy



besar doe


nampak! kami dah keluar


kesana !!


kemari !!


kesana !!


kemari !!

0 comment[s] | back to top

school
Assalamualaikum, hai semua *lambai lambai tangan. meh cium pipi sikit :* okayy, dengan ini saya FAZLIN EDORA BT ZAINUDIN bukan pelajar sekolah lagi. aku dah besar, boleh kerja and and kawin. act, entry ni about sekolah. semua orang ada sekolah kan. tok aku pun ada sekolah. sekolah pertama, 

SRK METHODIST MALIM NAWAR

sebut je, mesti orang ingat sekolah cina. nope, tu sekolah melayu and banyak india tau! sekolah ni first time dapat jumpa kawan kawan. sekolah ni jugak lah yang cool, pelajar tidak di galakkan memakia tudung, so ikat tocang dua lah aku :) percaya cakap aku, aku comel dulu tau haha masa tu tak rabun lagi, mata masih kuat. kawan pertama di situ, ZETTY. then mula lah ada farah atiqah, syafiqah zahari, afiq, fahmi, PUTERI ;) kat sekolah lah, first time kena sepak dengan cikgu. CIKGU AZALINA. sebab apa? sebab tak bawak buku text dengan sebab jadi posmen surat cinta -,- apa lah nasibkan. dua kali woi, tarikh tak sama tapi cikgu yang sama. sekolah ni jugak, dapat jadi KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH. bila pikir balik sekolah ni lah aku dapat dua kali ANUGERAH TULISAN TERCANTIK. lawak kan sekolah ni? ada anugerah macam tu bagai. ingat tak kalau sekolah rendah ada pusat sumber bergerak yang dalam buku dalam bas tu, pakcik bas gatal. ada jual susu satu boto 1.50. kan? main surat cinta since tahun 5 lah. dasyat tak?

SMK MALIM NAWAR

di sini, bermula semuanya cintan cintun yang serius. dah pandai dating. haha kat sini lah mula naik tanduk sikit. dah pandai ponteng sekolah, ponteng kelas, kat sini jugak lah kena masuk bilik displin, bilik kaunseling, bilik tahanan and macam macam lagi lah. buat AKU JANJI. masa form 1, aku takda kawan, selalu di pinggirkan. macam anak pengemis. dalam kelas pun duduk sorang sorang kat belakang, haha. macam apa kan? tapi lelama baru lah ada kawan balik, escp, pika zahari, una, siti aisyah, pika ngah, umai and macam macam lagi lah kan? memang tak terkira kawan kat sini. semua cool cool je haha kat sini aku tak mampu lah jadi ketua pengawas lagi, aku pelajar biasa je. mampu jadi PEN KETUA KELAS masa form 3 and KETUA KELAS masa form 4 untuk 3 minggu je. haha merasa lah jugak. sebelum nak blah sekolah ni, sedih sangat, takut takda kawan kat sekolah baru and sedih tinggalkan kawan kan? kawan yang kita kenal dari kecik lagi. memang sedih.

SMT TELUK INTAN

hahaha, aku sayang sekolah ni okayy ;) kat sini kenal macam macam perangai manusia, ada yang hipokrit, ada yang tikam belakang, ada yang baik sangat, ada yang bajet hot sangat. sekolah ni, aku dapat dengan una and awin sekali. okay, kat sini aku baru kenal perkatan rocall, foyer, dataran kijat, dewan makan, pejabat warden, bilik gerakan macam macam lagi lah. kenal erti tunggu turn nak mandi, basuh baju sape paling wangi paki softlan and comfort haha kena fitnah paling the best lah. jumpa macam macam perangai cikgu. Err-,- kenal erti PERSAHABATAN :')

0 comment[s] | back to top

STRAWBERI CINTA
assalamualaikum, okayy title tu bukan nya aku niat nak buat resepi kek strawberi ke, puding strawberi ke apa tau. cuma nak cerita sikit lah, pasal movie baru ni. STRAWBERI CINTA. act, aku suka yana samsudin dari dia belakon siti kelembai lagi. dia comel kan, muka macam ala korea. walaupun tekan kan walaupun tu, aku tak suka korea or kpop! okayy? im not like minah minah yang pantang dengar lagu baru kpop je terus download padahal realiti nya faham maksud lagu tu pun tak kan? and ada lah segelintir yang cuba nak jadi fanatic lah konon sampai try habiskan berjam jam ngadap laptop semata mata nak belajar perkataan macam tu kan? kekadang dengar macam lucah pun ada kan? apa kata kita sokong artis tempatan kan? ramai je yang comel comel kan? sorry lah kepada peminat kpop tu, semua manusia ada hak bagi pendapat kan? minat manusia lain lain? mulut manusia tak boleh tutup kan. betul kan semua? mintak maaf sangat sangat tau. okay, macam dah menyimpang ke tajuk lain pulak. strawberi cinta akan di tayang kan pada 6/12/12 di pawagam berdekatan anda. promote sikit ni. act aku malas nak cerita sinopsis dia. korang tengok jelah trailer dia okayy, seriously, aku rasa cerita ni comel sangat oh ;) senyum pisang seseorang aku masa tayang kat tv tadi. so, enjoy lahh jommm. maybe lah tak segempak cerita kl gangster, ombak rindu, skyfall or what kann. menyampah dengan diri sendiri pulak. sorry, jommmm jommm tontonn eh?



0 comment[s] | back to top

ADILA AZEERA
hey, meh sini cium sikit :* rindu lah semua semua semua. dah takpayah intro panjang lebar alin. mulakan cerita. okayy, tadi adalah on efbie kejap, kejap je. tak buat apa pun kat efbie tu. tekan notifications ada nampak video, kak su buat. okay aku taknak panggil dia kak su. nama dia adila bukan kak su. act, aku rasa dia macam tak suka dengan nama tu kan? sebab teringat satu moment kat blik iron, tak tahu dia ingat ke tak tapi ntah aku yakin 100 % dia tak suka KAK SU. kan? okayy, bila dok usha usha video dia tu, kira terharu lah gambar aku ada walaupun muka aku dapat dua tayang je. and dua dua muka macam muka orang tengah tarik tali getah spenda. sokayy, at least aku ada, haha terharu act. yelah, aku suka semangat adila. semangat sahabat kan. sebenarnya aku pun macam dia, semangat sayang kan kawan. aku faham apa erti persahabatan. PERSAHABATAN tak boleh di beli, jual pun jangan sekali cuba. aku rasa semua orang faham kan erti kawan, walaupun aku dengan adila tak rapat macam dia rapat dengan deera atika fara. tapi kalau nak di gelar sebagai kawan tak perlu rapat, tak perlu bertegur  kan? terima kasih adila azeera. cukup mengenali dan berbuat baik sesama sendiri itu kan kawan. tak perlu 24 jam melepak, bergosip, tegur. tak buat semua tu pun boleh kan? kadang kadang musuh pun boleh jadi kawan, cinta pun boleh jadi kawan, ibu  dan ayah pun boleh jadi kawan. sebab tu kawan ni bernilai, setiap individu semua boleh digelar kawan. kekadang cikgu pun boleh jadi kawan, jangan buat scandal pulak cikgu tu ;) haha teringat cerita mira edora. okay, topik semula. tapi yang paling kecewa apabila semua dah jauh, semua dah besar, semua dah berkeluarga, semua dah berkerjaya. kekadang kawan yang dilupakan ketika senang, tapi ketika susah kawan lah yang paling cepat di cari. lumrah kehidupan manusia. orang yang tak pandai hargai persahabatan adalah orang yang gilakan kehidupan. bukan aku kata tapi Adolf Hitler ke Hilter aku tak tahu, so jadikan pengajaran. jangan memandang rendah kelemahan seseorang dan jangan terlalu bangga kan kelebihan seseorang itu. aku tak harapkan kita semua rapat. tapi aku nak, satu hari nanti bila kome semua dengar nama aku, FAZLIN EDORA. kome akan tersenyum sambil cakap,
DIA KAWAN AKU WALAUPUN KAMI TAK PERNAH BERTEGUR :')

0 comment[s] | back to top

iloveyouuuuu
kat sekolah kitaa tak boleh tegur kan? jumpa senyap senyap. act, aku teringin nak sembang dengan kau macam mana orang lain sembang dengan kau. aku jealous sebenarnya tengok kau dengan orang lain. teringin nak peluk kau depan orang. tapi, susah kan? kenal kau kejap sangat, tapi macam dah kenal masa baby lagi haha kau selalu bagi kad lah, kertas lah, hadiah lah. macam macam kan? tapi aku? nak cakap terima kasih pun macam tak ikhlas kan? aku sebenarnya happy dapat semua tu dari kau. terima kasih sangat, aku hargai semua tu dan aku simpan kayy. kalau aku tak dapat jumpa kau dah pun takpe, asalkan aku boleh tengok kau happy dari jauh kan? lepas ni take care tau, aku tak boleh jaga kau dah walaupun bukan aku yang jaga kau selama ni. aku harap kau happy okayy ;) and one more thing, JANGAN LUPA aku okayy

0 comment[s] | back to top

123 imissyouuuu
seriously tak tau nak update apa tapi tangan ni tetap belagak nak menaip kan? kena sapu minyak kat tangan ni. gatal sangat tau. haha dengan ini di maklumkan lagi dua paper okay, repeat! dua paper then boleh kerja anddd kahwinnnnnnn dengan putera hagemaru <3 haha insyaallah, walaupun kita jauh kan? hope kau terasa kay. hmm, btw semakin usia nak balik dari semaian dah tua, semakin tu lah banyak kenangan best best kan. dengan budak dorm, budak kelas, budak prep. seronok sangat kan? buat macam2, rasa macam takda benda dah yang kita semua tak buat lagi kan? lupa nak bagitahu, hari tu aku kena function lah. tak adil lah weh, sebab kalau ada function birthday sesapa, aku tak penah join kan? perasan tak, ni kome pulak over, siap kutip air liur satu aras pulak ayooooooo tapi takpe lahh, terima kasih kepada KEPALA. terima kasih lah semua, una escp. sorry basahkan katil kau -,- tapi kan terima kasih tau, sayang kome tau ;) memang best lah kan? walaupun lepas tu penat aku nak gonyoh baju orang yang kena serbuk nescafe, gonyoh rambut yang penuh dengan biji limau tuuu. sokayy, aku hargai semua tu kay. jangan ingat aku diam aku tak berbisa haha takde kena mengena kan? haha yang bagi hadiah tu thankyouu tau ;) ty korok bawak kek bday dengan pulut durian walaupun aku tak sentuh pulut durian tu haha i hate durian! rindu kome semua act, lagi berapa hari nak balik semaian tapi mesti kejap je kat sana kan. DENGAR SINI, aku tak pernah menyesal masuk semaian :') semua yang aku nak, dah aku dapat kat semaian. pelik kan haha?

0 comment[s] | back to top

terima kasih
assalamualaikum, sihat tak? okayy pada 16/11 cukup 17 tahun aku bernafas kat dunia ni. alhamdulillah, aku mampu hidup sampai ke hari ni. maybe tahun ni bukan birthday yang terindah, tapi tak lah seteruk nya. aku lebih suka birthday tahun lepas haha sedih lah kan, orang yang kita nak sangat dia wish, tak wish pun kat kita :( sedih kan? tapi orang yang kita tak suka pulak banyak orang yang wish haha pelik gila doe haha hari ni dah gerak ke hostel, besok exam PAI, so wish me luck. kita doa kita bersama-sama dapat keputusan yang terbaik dengan izin Allah. jangan lah doa je kalau tak berusaha, baca lah buku. amboi alin, pandainya. kau tu bukan selalu baca buku pun haha. lawak lah, lagi satu hari tu abang aku dengan bini dia, kak nasrah balik bawak HERO, aniq arfan. haha comel lah anak sedara aku tu. haha mata bulat je, tapi kuat nanges macam ahmad albab. okayy lahh, mak aku dah lah jealous kalau tengok aku pegang notebook ni. nanti mula lah, alin tutup, baca buku. dah biasa dah haha. btw, nak tahu siapa orang pertama wish untuk aku?

  1. KOROK BUSYRA
  2. PIKA ZAHARI
  3. BELLA BAHRON
  4. ADI LUBAWI
  5. SODIK DE GUE

kat fb ada lah dalam ' 182 posted in your timeline '
okay semuanya HB , Happy Born Day , banyak lah. tangan aku pun naik kematu reply terima kasih haha sokayy, tu tandanya aku tak belagak kan? haha anyway, thankyou buat yang wish dan tak wish tu, call lah kita, mintak maaf tak wish haha maybe kau sibuk kan? yelah kau dah jauh dari aku. aku harap kau tahu siapa kau, rabun? okayy lah, bye byeee

0 comment[s] | back to top

15/11
Hai Hey Hoi *lambaitangan sihat tak? di sini aku nak wish bday kat kakak aku FARAH IZZATI BT ZAINUDIN, may Allah bless youu and your new baby ;) hmmm, besok bday alin pulak ye kak. jangan lupa! haha bosann lah, bday sambut kat rumah tak feeling. kat sekolah feeling sikit. ingat lagi tahun lepas. tengah baring tetiba shue wong datang bisik kat telinga SELAMAT HARI JADI JELIN haha budak dorm semua ada, korok pun ada haha sesat ada. setengah jam lepas tu, kak piut pulak datang bagi rantai haha, siap pakai kan lagi tuu, rindu kau lah kakak rabun :( atika isa denga ketod bagi cadbury, padahal aku tak rapat sangat pun dengan ketod. baik lah ketod, patut lah wani sayang haha dapat doraemon berpusing dari shue wong, cermin dari arie buddy :) thankyouu arie comel. sayang kau. haishh, tahun ni macam mana lah. ada ke orang nak wish. kita tengok lah sape yang first, tu pun kalau ada kan haha kalau boleh aku nak kau kat sebelah haha 15/11 iloveyouuuu

0 comment[s] | back to top

takkan DENGAR dah kan :(
MASTER ADA KE?

CIKGU IZZAH KAT BAWAH KE?

PAGAR DAH KUNCI KE?

KUNCI KAT SAPE? PKU KE CIKGU

ADA PREP KE PETANG NI?

DM DAH BUNYIK BELUM?

MAKAN APA HARI NI?

DAH 5 SETENGAH BELUM?

TUTUP LAMPU, DAH 11 SETENGAH!

TIDUR MANA ALIN?

AFTER TAU!

LAMA LAGI TAK?

SAPE ADA KAT PW?

0 comment[s] | back to top